- Pantang larang bermaksud perkara yang tidak boleh dilakukan sewaktu berada di suatu tempat seperti di hutan, di laut dan seumpamanya.
- Menurut Ani Haji Omar, pantang larang merupakan satu warisan budaya masyarakat melayu tradisional yang amat tinggi nilainya. Terkandung ungkapan yang merupakan khazanah bangsa dan dibina dari pengalaman hidup yang lalu.
- Banyak pantang larang dalam masyarakat melayu
- Menurut Mohd Anuar Ramli dan Syamsul Azizul Marinsah, masyarakat melayu terkenal dengan bangsa yang mempunyai banyak pantang larang yang tersendiri dan ia diwarisi secara turun-temurun.
TUJUAN PANTANG LARANG
- Bertujuan untuk menyampaikan pengajaran.
- Wanita hamil
- Bayi
- Kanak-kanak
- Kaum perempuan
- Kaum lelaki
- Menurut A.Aziz Deraman dan Wan Ramli Wan Muhammad, wanita yang hamil perlu ikut beberapa pantang larang.
- Bertujuan untuk mendoakan keselamatan dan kesihatan bakal ibu dan kandungan tersebut daripada segala bala atau gangguan makhluk halus.
- Dilarang keras untuk tidak berkata buruk atau bercerita mengenai orang cacat kepada orang lain dan tidak digalakkan melihatnya.
- Wanita yang hamil tidak boleh pergi ke tempat yang tidak elok, melihat perkara yang tidak baik, berkata perkara yang tidak baik dan menegur perkara yang tidak baik.
- Tidak boleh berkelahi dengan ibu mertua.
- Pantang larang ini mempunyai nilai-nilai murni seperti menghormati orang tua dan juga bertujuan untuk menjaga adap wanita yang hamil terhadap orang lain.
PANTANG LARANG KEPADA WANITA HAMIL
- Wanita yang baru melahirkan anak perlu melalui tempoh pantang selama 44 hari. Jika tidak akan menyebabkan bentan.
- Antara gejala bentan adalah yang sering berlaku pada wanita yang baru melahirkan anak adalah sakit pada ari-ari, berlaku pendarahan atau bernanah pada bahagian peranakan atau berlaku buasir.
- Salah makan juga ada kaitan dengan keuzuran seseorang wanita kerana pada masyarakat melayu, makanan adalah penawar dan juga racun kepada seseorang.
- Menurut Abdullah Yusof, seorang perempuan yang belum berkahwin tidak boleh menyanyi di dapur kerana dikhuatirkan mendapat suami yang tua.
- Tidak boleh makan beralih tempat, nanti akan ramai suami.
- Tidak boleh meletakkan pinggan makan di atas riba, ditakuti suami dirampas oleh gadis yang lain.
- Anak dara yang sentiasa bangun lewat dari tidurnya akan lambat menemui jodohnya.
- Gadis yang memakan kerak nasi akan mendapat anak yang hodoh.
Pantang larang, kepercayaan, dan adat melayu secara umumnya terdapat pengaruh daripada pelbagai unsur atau kepercayan animism, Buddha, Hindu, Islam, dan perkara yang berkaitan cara hidup manusia seharian diambil iktibar atau dijadikan pengajaran kepada masyarakat sekeliling.